Tuesday, February 23, 2010

Baca pelan2 baru paham..

*Sila baca dengan penuh teliti ya....;D*

Story1:
Suatu malam, Senah terdetik hati nak makan2 di sebuah kedai Mamak..
Senah: Ane! mau roti telur sama kuah kari satu..
Mamak: oke..itu roti suda siap!
ngap ngap ngap...setelah sedap2 Senah menjamah rotinya,tiba2 Senah mengamok..
Senah: Woit ane..apa pasal ini kuah kari rasa semacam? ko bagi aku kari basi semalam ke?
Mamak: allo cik adik..lu makan saja suda~ kalu lu mau makan juga kari hari ni, lu datang esok lah.

Story2:
Di rumah sakit, penyakit asma Tok Abah semakin teruk hingga perlu dipasangkan salur tangki oksigen. Dikira sudah menjelang ajal, anaknya pun memanggilkan seorang Mudhin (tukang do’a) agar Tok Abah lebih tenang. Sedang asyik Pak Mudhin berdoa, tiba-tiba muka Tok Abah bertukar biru & tidak boleh bernafas. Tangannya menggigil. Dengan menggunakan bahasa isyarat Tok Abah meminta kertas dan pen. Sisa-sisa tenaga yang ada digunakan oleh Tok Abah untuk menulis sesuatu dan memberi kertas tersebut kepada Pak Mudhin.
Sambil berdoa Pak Mudhin terus menyimpan kertas tersebut tanpa membacanya kerana fikirannya dia tidak sanggup membaca surat wasiat tersebut didepan anak-anak Tok Abah. Tak lama kemudian Tok Abah meninggal dunia. Pada hari ke-7 meninggalnya Tok Abah, Pak Mudhin diundang untuk datang kerumah pusaka arwah..
Selesai berdo’a, Pak Mudhin berbicara, “Saudara-saudara sekalian, ini ada surat wasiat dari arwah Tok Abah yang belum sempat saya sampaikan, yang saya pasti ini adalah nasihat untuk anak cucunya semua. Mari kita sama-sama membaca suratnya”.
Pak Mudhin membaca surat tersebut, yang berbunyi :
“Mudhin jangan berdiri di situ…! Jangan pijak saluran oksigen aku...!”

Story3:
Satu keluarga yang berasal dari Kuala Terengganu nak balik beraya di Kemaman, tapi cuma ada sebuah Kancil je muat untuk 7 orang ahli keluarga tersebut. Maka si ibu kepada keluarga tersebut pun berkata,
Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!
Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.
Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. Kecik do’oh.
...Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka yang paling kecil berkata…
Anak: Abah, umi… Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik ‘LAPANG’…!!!

Story4:
Suatu Petang, di pedalaman Sarawak Kapten Kompeni A (sebuah pasukan tentera) mengumpulkan anak-anak buahnya di khemah logistik.
“Saya ada 2 berita untuk kamu semua, berita baik & berita buruk. Berita baiknya, setelah 6 bulan lamanya, hari ini pakaian dalam kita semua akan diganti…!!”
“Hooreee! Siap, kapten!” jerit seluruh anggota Kompeni dengan gembira.
“Nah, sekarang berita buruknya. Abu, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Ganesan. Ah Keong, kamu ganti dengan kepunyaan Ahmad…..;D”

Story5:
Seorang Suami yang bekerja di luar negara menghantar e-mail kpd isterinya di Malaysia..
"Senah ku sayang,
Bulan ni abang tak dapat memberi duit nafkah kerana duit gaji abang sudah habis dirompak semalam
Walau begitu, abang tetap menyayangi kamu Senah...terima lah ciuman kasih abang ini (muah x100~..)
Yang benar, Suamimu."
———————-
Seminggu lepas itu isterinya membalas…*
"Kakanda sayang,
Senah terima ikhlas tanda ciuman kasih abang itu, di bawah adalah senarai perbelanjaan…
1. Stok susu selama sebulan dari Muthu dengan bayaran 2 ciuman.
2. Orang Elektrik dari TNB pula dibayar dengan harga 7 ciuman.
3. Haji Seman pula bersetuju datang rumah setiap hari untuk menerima 2 atau 3 ciuman sebagai ganti duit sewa rumah.
4. Untuk belian barang2 dapur dari Kedai runcit Ah Keong, saya terpaksa berhutang kerana Ah Keong tak terima ciuman. jadi saya terpaksa ganti dengan bayaran lain...(harap awak tidak marah..)
5. Barang2 serta bil2 lain jumlahnya 40 ciuman.
Namun, abang tidak perlu risau kerana masih ada baki 35 ciuman lagi untuk belanja bulan depan.
Yang dikasihi, Isterimu"

Story6:
FAKTA !!
1. Kamu akan membaca sebuah fakta.
2. Namun, kamu akan terfikir yang mungkin ini adalah satu lagi fakta bodoh.
4. Kamu tak sedar no.3 tiada dalam senarai.
5. Sekarang kamu memeriksanya.
6. Dan kamu tersenyum.
7. Kamu masih terus membaca komen ini.
8. Kamu sedar yang komen2 diatas tadi semuanya adalah benar.
10. Kamu tak sedar lagi no.9 tiada dalam senarai.
11. Sekarang kamu memeriksanya.
12. Kamu tak perasan yang cuma terdapat 10 fakta sahaja yang tertulis.
Kerana ia adalah Fakta....

Sekian~

No comments: